Stalker ♥

Friday, May 3, 2013

"Kak,nak beli tissue?"

Salam everyone;

Saya tak tau nak mulakan cerita macam mana.Semalam saya dapat gaji dari bos.Alhamdulillah.Sewaktu pulang dari kolej bersama adik,tiba-tiba mama call cakap nak ajak pergi makan malam dekat luar memandangkan Abah datang KL minggu ni. Jadi,sesampainya saya di rumah,dengan segeranya saya meletakkan barang-barang di atas meja makan.

Enjin kereta sudah dipanaskan.Berlezupppppp dengan lajunya untuk ke gerai makan Chinese muslim yang terletak di Taman Melawati. Tapi malangnya kedai tu tutup.Saya memberi cadangan untuk makan kat kedai "Pecel Leleh" yang baru beberapa hari dibuka disebelah klinik umi.

Saya turun dulu,memandangka abah mengambil masa yang lama untuk mencari tempat letak kereta.Pada masa itu,hujan agak lebat. Saya berteduh dekat depan kedai Upin Ipin tu. Tiba-tiba datang seorang kanak-kanak lingkungan 10 tahun gitu menjual tissue.

"Akak,nak beli tissue kak?"

Dia menghulur 3 bungkus tissue yang berharga 30sen satu bungkus tu sambil tersenyum. Saya  menolaknya dengan baik memandangkan saya tidak mempunyai wang kecil. Bos kasi saya semua duit besar-besar tadi. Kalau nak minta tukar dekat kedai upin ipin tu,diaorang comfirm tak akan kasi,kerana diorang sendiri memerlukan wang kecil.Tapi,time tu,saya baru nak minta abah duit,tiba-tiba budak tu dah hilang dengan pantasnya.

Saya pelik,ke mana budak tu pergi.Hujan agak lebat time tu.Hati saya macam tak sedap.Mungkinkah ini tandanya Allah nak meguji saya kedekut ke tidak? Ya Allah,jika ia benar,maafkan-lah aku ya Allah :(

sila datang lagi

No comments:

Post a Comment