Stalker ♥

Thursday, June 6, 2013

Cinta Jarak Jauh

Salam everyone.

Hi,apa khabar? Nampak tajuk di atas? Curious tak? Haha. Okay.I'm not saying that this tittle iz fer meh. Tapi just macam nak bercerita sikit tentang cinta jarak jauh ni.

Alright, mungkin tajuk di atas majoriti ada yang setuju dan ada juga yang tak bukan? Setiap perkara,ada tindak balas positif / negatif. Jadi kita tak boleh pandang satu arah je.Kita dah dewasa dah matang so kita kena berfikiran up sikit. Sebelum itu,apa kata kita baca dulu komen diorang :)

Awak setuju dengan cinta jarak jauh ni?

A : Saya setuju! Saya mengalaminya. Now saya dah kahwin dah pun dengan orangnya.Kami berjumpa di muka buku. Kenal dulu,gitu gitu je.Pastu cam serious sikit ah.Alhamdulillah,now dah 2 tahun.

B : Saya setuju,sebab cinta jarak jauh ni en buatkan kita makin rindu kat bf / suami kite tu.hehe.

C : Saya tak setuju! Kalau gaduh susah nak baik. Susah nak komunikasi.Penat la kalau hari-hari macam ni.

D : I don't agree la. But still depends on people la. Sometimes people cannot tahan. For me,I cannot la.If I cry or sad haa,I want my love next to me and company me.That's all la.Aiyaa.

E : Ehhh,saya setuju! Saya mengalami tau cinta jarak jauh ni.Now saya dah kahwin.Isteri saya kat Dublin. Saya kat sini. Tapi tu la,kalau time ada masalah memang susah la nak berkomunikasi. Tapi serious,BEST! Saya suka cinta jarak jauh ni.

F : Setuju. Tapi mesti kena bersyukur saat diuji,beriman pada rukun iman yang ke 6,dan jaga solat.So result dia hidup tenang dengan cinta jarak jauh & menanam benih untuk akhirat.

See. Nampak bukan? Kita tak boleh pandang ke satu arah je.Setiap perkara,pasti ada jalannya.Cuma kita je yang kena usaha untuk mengubahnya.Tuhan tu tak akan mengubah situasi tersebut selagi kita tak ubahkannya.

Di sini ada beberapa tips untuk Cinta Jarak Jauh :)

1) Whatsapp / Viber / Wechat
Zaman dah maju dengan IT bukan? Korang pun bukannya nak mengalah dalam IT. Jadi apa kata,setiap hari at least satu atau dua msg pergi send kat si dia. Kalau boleh tanya khabar , dah makan ke belum atau pun tengah buat apa ke. Tunjuk sikit yang kita ni still care pasal dia eventho dia jauh beribu-ribu / berjuta-juta batu.

2) Video
Mungkin korang rasa benda alah ni peliks bin ajaibs. Tapi sebenarnya video ni agak effektif la juga. Saya tak bermaksud buat video bukan-bukan tuuu.Maksud saya nyanyi ke,buat something yang cute ke,or everytime awak ke mana skali pun/melancong awak record la.Dengan adanya video ni,mungkin dia tau keadaan awak macam mana sekarang ni.So tak ada la dia pk bukan bukan en?

3) Gambar
Kalau saya,beli baju baru ke,makan nasi putih ke,makan buah ke,beli perfume ke,semua saya send dekat Luppy. Dengan cara ni,si dia akan fikir "masih lagi awak ingat saya ,eventho awak sibuk membeli belah sakan" Korang tak rasa ke,dengan cara ni juga,si dia tu akan rasa dihargai? Kannn? Ha,time send tu alang alang tulis skali kat bawah tu "I miss you darling". Cewah,kemain.

4) Poscard
Saya suka benda alah ni! Tapi tak pernah dapat la.Haha.Benda ni unik tau. Bukan unik apa,kita dapat something dari jauh.Eventho benda tu tak mahal,tapi still sampai kat tangan kita dengan kata-kata yang mengasyikan.Jauh di lubuk hati korang,mesti korang berbunga.Betul tak?  (I mean girlzz) *kenyik mata*

5) Skyping!
Tau en skype tu apa? Kalau tak tau...................*I'm speechless* Benda alah ni,alaaa,yang chatting boleh buka video tuuuuu.Haaa.Kalau tak tau jugaaaaaaaaaa..............*I'm speechless* Skype ni lagi lebih syok sikit. Bagi saya la. Sebab apa? Sebab skype ni lebih kepada real.Saya tak la nampak sangat macam orang gila cakap sensorang depan camera & action tanpa director tu en? If saya skype setiap sabtu tu en,I feel like? Ahhhh~ terbang ke awang-awangan~ I feel like that person infront of me now *blushing* So jangan ketinggalan.

6 ) Percaya pada pasangan & Be gentleman.
Orang perempuan terutamanya (saya juga tidak ketinggalan) akan berfikir banyak sampai nak tercabut otak bila suami / bf / tunang dia jauh sampai ke luar negara. Lagi-lagi bila bulan mengambang dia sampai.Haaa,time ni,kita kena fikir secara rasional sikit.Kita kena bermain dengan psychology sikit. Tak boleh terlalu mengikut perasaan. Sikit-sikit "Awak curang dengan saya!" Bila tak call  1 hari "Awak ada perempuan lain en?!" Dalam keadaan ini pihak lelaki harus memainkan peranan yang sangat penting iaitu "Be Gentleman". Dok pahe koh? Maksud saya,mengalah la.Pujuk dengan suara yang lembut,belikan hadiah ke,mesti hati si dia tu akan cair.

7) Jarak kita
Jangan sesekali korang jadikan jarak sebagai alasan nak putus. Memula bercinta siap cakap lagi,"ye,saya akan tunggu awak beribu juta tahun jika awak nak! Oh bulan,ku mencintaimuuuu~" *lagu belakang takbir lagu Thousand Years* Tapi akhirnya? "Sorry awak,kita ni jauh sangat.Saya rasa ada lelaki yg lebih baik dri saya sedang tunggu awak.Tak pun kita belajar dulu okay?" Ayat ni,memang meluat saya dengar! Cuba jadikan jarak tu sebagai satu cabaran. Eventho jauh sekali pun,jarak bukan alasan untuk korang dating.Tak salahkan kalau jumpa 1 bulan sekali ke,setahun sekali ke.Apa pun rintangan yang datang,jangan jadikan dia sebagai alasan mahupun penghalang.So,jarak jauh tu hanyalah satu cabaran  kacang cap garuda untuk kita sekarang ni.


Apa-apa pun,jodoh masih lagi ditangan Tuhan.Kalau dah dia tu jodoh kita,alhamdulillah.Tapi if dia tu bukan jodoh kita,apa pun tips / bomoh / mantera bagai yang korang guna tu,last last skali akan tamat juga. Betul tak?



sila datang lagi

Tuesday, May 28, 2013

Face mask for oily skin by FACE-SHOP

Salam everyone :)

Okay,now saya nak cerita something yang berkaitan dengan kecantikkan *blink* Pernah dengan Face-shop? Alaaaa,yang duta dia muka Kim hyun joong (ji hoo pelakon boys over flower tuuuu) Berbalik semula kepada topik kita.

Tadi,Dila dengan Kar Huey pergi Mid Valley,memandangkan Cik Kar Huey kita ni nak makan sushi cap Jaya Jusco berserta takoyaki. *meleleh air liur* So,bila barang demo semua sudah beli,Dila pun tergerak hati nak ke Kedai FaceShop yang terletak pada tingkat 2 (kalau tak silap).

Bila masuk,bau diaaaa,wahhhhhhh.Bila ke dalam sikit,nampak pula Abang Ji hoo lagi la "WAHHHHHHHH!" Masa dah habis cakap wah tu,tetibe ada sorang akak comelz berbangsa cina tanya

Akak : Calik apa dik?

Dila : Cari _____________________________. & Mask. And Imma oily skin type okay kak?

Akak : Ouh,Oily hah?Wait ha. Gege,oily skin product nali lei? (abang,product oily skin dimana?)

Dila : ......................

Akak : Okay dik,mari di sana.

Dengan pantasnya saya di belakang bersama Kar Huey mengikut jejak Akak comelz. And jeng jeng jeng!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Harga : Rm 9.90
Bau : Preetttyyyyy nice *_*


Okay I know you can't read this.Kalau sape boleh baca,tipoooooooooo.Boooooooooo. So,isi kandungannya ialah :

Concept
Anti bacteria, soothing for breakouts and sebum controlling
Description
  • An oil-free cooling mask sheet that soothes and controls skin
  • Contains birch tree, tea tree extract that clarify the skin and provides exclusive soothing effects
  • Oil-free hydrating effects for oily skin with excessive sebum and inflammatory troubles
  • Packed with tea tree leaf, green tea, grape fruit, Arctium Majus Root extract

How to use:
  • After cleansing, use toner to clarify the skin. Then place the ask onto the face. Remove the sheet after 15-20 minutes and pat skin gently for full absorption


Selepas mencubanya,kulit saya memang lembut! Bau dia? Yummy,saya suka! Tapi ni baru 1st pakai en? So,tindak balas tak mungkin berlaku secara drastik.Tapi serious best :)

So,itu saya post saya pada kali ini <3 Tapi,tak semua orang sesuai dengan apa yang kita pakai bukan? Jadi,jika korang mempunya kulit yang sensitif,berhenti pakai mask ni,dan cuba dapatkan nasihat dari doktor okay? Bye!




sila datang lagi

Saturday, May 4, 2013

Short post from my heart.


I don't know what I feel now.The thing is,I'm speechless. You've hurt me with your words. I'm to pain now.I try to understand you before this,but you don't respect my feeling at all. The thing is,why you tell me now? Why you leave me alone in this kind of situation? I'm not a stone.I'm a human.I have a heart and feelings.I know I'm nothing.But at least please respect my feeling.






sila datang lagi

Friday, May 3, 2013

"Kak,nak beli tissue?"

Salam everyone;

Saya tak tau nak mulakan cerita macam mana.Semalam saya dapat gaji dari bos.Alhamdulillah.Sewaktu pulang dari kolej bersama adik,tiba-tiba mama call cakap nak ajak pergi makan malam dekat luar memandangkan Abah datang KL minggu ni. Jadi,sesampainya saya di rumah,dengan segeranya saya meletakkan barang-barang di atas meja makan.

Enjin kereta sudah dipanaskan.Berlezupppppp dengan lajunya untuk ke gerai makan Chinese muslim yang terletak di Taman Melawati. Tapi malangnya kedai tu tutup.Saya memberi cadangan untuk makan kat kedai "Pecel Leleh" yang baru beberapa hari dibuka disebelah klinik umi.

Saya turun dulu,memandangka abah mengambil masa yang lama untuk mencari tempat letak kereta.Pada masa itu,hujan agak lebat. Saya berteduh dekat depan kedai Upin Ipin tu. Tiba-tiba datang seorang kanak-kanak lingkungan 10 tahun gitu menjual tissue.

"Akak,nak beli tissue kak?"

Dia menghulur 3 bungkus tissue yang berharga 30sen satu bungkus tu sambil tersenyum. Saya  menolaknya dengan baik memandangkan saya tidak mempunyai wang kecil. Bos kasi saya semua duit besar-besar tadi. Kalau nak minta tukar dekat kedai upin ipin tu,diaorang comfirm tak akan kasi,kerana diorang sendiri memerlukan wang kecil.Tapi,time tu,saya baru nak minta abah duit,tiba-tiba budak tu dah hilang dengan pantasnya.

Saya pelik,ke mana budak tu pergi.Hujan agak lebat time tu.Hati saya macam tak sedap.Mungkinkah ini tandanya Allah nak meguji saya kedekut ke tidak? Ya Allah,jika ia benar,maafkan-lah aku ya Allah :(

sila datang lagi

Tuesday, March 12, 2013

Those words

Salam.

Those harsh words. Those nasty bad words.





I'm am sorry.

Assalammualaikum :') 







sila datang lagi

Monday, March 11, 2013

Sem 3 agak mencabar

Salam everyone~

"Disini saya hendak menyatakan bahawa esok tamat sudah semester 3!" Ya Allah,bagusnya kalau perkara ini berlakuuuuu! Tapi Dila tau,itu hanyalah hayalan semata-mata yang sedang bermain diminda.Haisss. Eh tak boleh mengeluh! Ain cakap nanti cepat tua.So smile,cheezzzz :D

Tak tau nak mulakan cerita cek lagu mano. Tapi kan,yang cek nak cakap,semester 3 cek ni memey susoh. Bahasa apakah yang kau cuba sampaikan ini ,Dila? (Kelateh mix with Utagha) Kelas pula dari hari Isnin sampai Jumaat (9am - 4pm) Nak joging pun tak sempat. Tayar kat perut ni berlipat-lipat. Habis tu time balik kelas tu ingat happy? Makan tak kenyang , mandi tak basah tau! (Kalau Luffy whatsapp atau ajak skype,baru makan I kenyang :P) Sebab memikirkan "Macam mana la aku nak belajar ek? Nak mula dari mana ye? Dari bab ni ke? Ke dari bab tu?"

Kekadang tu,nak je cari kengkawan budak Medical Student. Sebab diorang belajar sangat mendalam.Bila bab nursing mesti diorang cakap macam kacang peace,kacang putih,mahupun kacang goreng.Bubur kacang durian ada? Okay tak ada. Sambung lagi.Tapi,bila jumpa budak medical student je,mesti diorang busy memanjang.Kalau jumpa pun,skejap je T_T Acane ni?

Bila balik kelas je,mesti tekad gila dalam hati ni, "Ah,tak ada cara lain! Sampai bila nak depends on kengkawan? On lecturer? Aku kena bergerak ke hadapan! Maju Dila,majuuuuu! Let go for studyyyy!! Oh yeahhhh!" *Konon semangat balik sambil bawa buku,berlari ke bilik"


Bak kata youtuber tu "Mulakan hari anda dengan senyuman.So,Dila buka buku dengan senyuman yang sangat lebar,padat dengan niat yang membara *kononnya nak belajar dengan semangatnya!"


Setelah beberapa minit.......




Tapi,bila sampai masanya,inilah situasi yang dialami saya.


Yup,betul tekaan anda.Surf internet and all stuff. So,macam mana tu? Apa yang harus saya lakukannnnnn? So,jawapan yang tepat untuk diri saya adalah,nak nages pun tak guna,nak marah pun buang masa.So better lepas ni perbaiki diri sendiri,pasang niat yang betul untuk belajar,dan berusaha untuk menajadi isteri doktor! Eh..ehh..salah type pula,maksud saya,stuff nurse cemerlang! Gambateh,Dila-chan <33










sila datang lagi

Saturday, March 2, 2013

Saya punya hati

Assalammualaikum~

Siapa yang sangka,disebalik otak yang gila-gila dan senyuman di bibir,sebenarnya terselit lagi kekecewaan.Kekecewaan yang datang dari diri sendiri.Kekecewaan yang datang dari orang disekeliling,dan kekecewaan dari insan yang tersayang :')

Sebenarnya ya Allah,apa salah aku? Sering kali ayat ini bermain di minda tatkala hati terasa seperti disakiti mahupun dikhianati. Terkadang tu,niat yang baik,disangka buruk. Niat ingin meminta pendapat dan motivasi dihina-hina,di caci maki. Ya Allah,kenapa dunia ni kadang kala kejam? :(




Btw,thank you sebab awak menggulanginya lagi.






sila datang lagi