Stalker ♥

Friday, March 30, 2012

Hanya 6 tahun

Salam everyone~*

Balik dari tesco,Dyla terpandang Cupipi Luppy di atas katil. "6 tahun je sayang.Ni demi masa depan kita." Hanya itu yang Luffy ungkapkan pada Dyla. Ye,6 tahun masa yang sangat panjang.Kata Fany,kalau ada jodoh tak ke mana.Kalau ada,ada lah,Kalau tak ada,sabar je. InsyaAllah kekal.

Sepanjang hari ni,Luffy menemani Dyla.Buat kuih,pergi tesco beli barang,tukar duit dekat money changer,hantar Dyla pergi rumah Sara amek barang ,dan melayan kerenah Dyla sepanjang perjalanan.Dan sepanjang perjalanan juga,Luffy tidak lekang dari senyuman.Bibirnya sering kali mengutumkan senyuman manis.

Ya Allah,kenapa cepatnya masa berlalu? Kenapa cepat sangat dia pergi? Kenapa ya Allah? *mengelap air mata* Hari ni,Dyla ta nak gaduh dengan Luffy.Satu hari pun ta nak. Hari ni Dyla cuba memahami kerenah Luffy.Hari ni juga Dyla ta larang Luffy jumpa kawan-kawan dia.Dan hari ni juga,kalau boleh Dyla nak buat dia senyum.Dyla ta nak senyuman Luffy hilang.

Sepanjang tahun lepas,Luffy cukup terseksa,cukup sedih,cukup merana.Jadi hari ni Dyla nak buat dia happy.Sebab hari ni hari terakhir Dyla dekat Johor.Esok Dyla dah pergi sambung belajar,dan Luffy pun sama.Sepanjang 4 bulan kami akan belajar di negeri yang sama.Tetapi,selepas 4 bulan,kami akan berjauhan.Sangat jauh.Jauh dari semuanya.

6 tahun akan menjadi singkat dengan hanya pejam celik.Sepanjang 6 tahun juga,Dyla dan Luffy mesti fokus dengan cita-cita kiteorang.Macam yang Alif cakap,dalam sesuatu perhubungan ni mesti ada sifat kejujuran,kesabaran dan keikhlasan.Ye,memang tidak dapat dinafikan.Kalau tiga perkara ni ada dalam jiwang setiap hubungan,insyaAllah,kekal lama.Amin.

Untuk Luffy : Fy,maafkan saya kalau saya pernah buat awak sedih dengan sikap saya.Maafkan saya sebab jarang buat awak gembira.Maafkan saya Fy.Sepanjang awak tak ada nanti,saya akan cuba sedaya upaya untuk berlatih cakap "SAYA AWAK".Dan saya akan cuba hilangkan "AKU KAU" yang pernah wujud dalam setiap dialog kita.Fy,maafkan saya.Sebab saya,rantai tu dah hilang.Kesian awak,kumpul duit sampai beratus-ratus,tapi rantai tu lenyap macam tu je.Saya janji Fy,jam tangan yang pada saya ni,ta akan ke mana-mana pun.Saya akan pastikan ia tetap di tangan saya.Fy,siapa nak jadi diary saya nanti? Awak pernah cakap Fany right? Kalau Fany sakit,siapa nak jadi diary saya? Siapa Fy? Siapa nak hantar saya ke klinik kalau saya kena senggugut? Siapa nak teman saya beli coolblog dengan crepee kat tesco? Siapa tempat saya nak mengadu nanti? Siapa Fy? *mengelap air mata yang semakin deras* Fy,saya betul-betul minta maaf dengan apa yang saya pernah buat kat awak.Maafkan saya.Tolong Fy! Tolong maafkan saya. Saya janji,saya ta akan buat awak marah.Saya janji Fy,saya tak buat awak macam tu lagi.Saya janji ta akan control awak.Saya janji saya ta boros lagi.Dan saya akan sentiasa tunggu kepulangan awak. InsyaAllah,bila awak balik nanti,saya akan tunggu awak dekat airport macam dulu.


Saat ini,air mata yang jadi peneman Dyla.Hanya itu yang Dyla boleh buat.Nak menghalang Luffy pun tak boleh,sebab itu yang Dyla nak,itu yang Dyla impikan.Ye,hanya itu.Sekarang ni Dyla hanya boleh bersabar,tunggu dan berdoa.Semoga semuanya berjalan lancar,dan Luffy pulang dengan selamat.Amin. Jaga diri awak tau :')




Lagu ni untuk awak.Kalau nak dengar tutup dulu instrumental piano tu.







Ku coba untuk melawan hati
Tapi hampa terasa di sini tanpamu
Bagiku semua sangat berarti lagi
Kuingin kau disini
Tepiskan sepiku bersamamu





Tak `kan pernah ada yg lain disisi
Segenap jiwa hanya untukmu
Dan tak `kan mungkin ada yg lain disisi

Ku ingin kau disini tepiskan sepiku bersamamu...

Bagiku semua sangat berarti
Kuingin kau disini 
Bagiku semua sangat berarti lagi
Kuingin kau disini 

Tak `kan pernah ada yg lain disisi
Segenap jiwa hanya untukmu
Dan tak `kan mungkin ada yg lain disisi 

Ku ingin kau disini tepiskan sepiku bersamamu...
Hingga akhir waktu ...
Hingga akhir waktu ...
Hingga akhir waktu ...

Ingat lagikan lagu ni?   
sila datang lagi

No comments:

Post a Comment