Stalker ♥

Monday, January 23, 2012

Tips terbaik untuk kekalkan tali persahabatan :)

Salam everyone~*



First of all,Dyla nak bagitau yang tips ni bukan dari benak fikiran Dyla.Tetapi dari majalah! Teruja dan excited ni nak bagitau tips ni dekat korang !

1) Sentiasa berhubung


Rutin seharian membuatkan adakala kite tidak sempat berhubung dengan sahabat baik.Tetapi itu tidak bererti kite akan hilang begitu sahaja.Adalah lebih baik jika kite menghubungi sahabat kite sama ada melalui telefon ataupun SMS,sekadar mengucapkan "Hello,Assalammualaikum" dan bertanya khabar


2) Beritahu perkara sebenar


Apabila sahabat kite melakukan kesalahan,adalah menjadi tanggungjawab kite untuk memberitahu dan menasihatinya.Jangan pendamkan kerana takut sahabat kite akan terasa hati atau memarahi kite kembali.Mmberitahu perkara sebenar walaupun pahit adalah sebaik-baik cara dan sebenarnya inilah sahabat sejati!


3) Balas SMS


Jangan pernah abaikan SMS dari sahabat kite! Usah menganggap SMS dari sahabat itu sebagai perkara yang remeh kerana menganggap SMS itu bukan daripada klien yang penting.Jika kite terlupa sekalipun,segeralah membalasnya apabila teringat dan menyatakan maaf kerana terlambat membalasnya.


4) Pinjamkan telinga


Adakalanya masalah ditimpa masalah.Mereka perlukan seseorang untuk mendengar masalah ataupun luahan hati mereka.Oleh itu,pinjamkanlah telinga kite ni sebentar dan pinjamkan juga bahu kite untuk dijadikan sandaran sahabat tatkala mreka dirunding kesedihan.


5) Jadilah seperti pasukan sorak


Ketika sahabat kite tengah bersedih,kite hendaklah sentiasa berada disisinya. Mungkin kite boleh mendengarkan cerita-cerita lucu untuk menggembirakannya.Kite juga berikan kata-kata semangat kepadanya.Yakinkan dirinya bahawa dia boleh keluar dari masalahnya!


Okey,Dyla rasa setakat ini je kot tips yang diberikan.Ta salah bukan Dyla tulis balik apa yang Majalah tu cakap? Mane tahu,korang ada masalah dengan kawan korang sendiri.So,korang bolehlah gunakan tips ni untuk selesaikan masalah korang dengan sahabat korang semua :) Selamat mencuba! sila datang lagi

No comments:

Post a Comment