Stalker ♥

Wednesday, September 28, 2011

Hari malang!

Hey pembaca setia *nada yang agak sedih.

Nak tau kenapa hari ni malang? Hari ni beg duit hello kitty pemberian Luffy sayang hilang! *protes. Dalah dia baru belikan Dyla beg duit tu.Paling mahal plak tu yang Dyla capai.Mesti dia kecil hati.Tapi salah dia juga kot,sebab Dyla dah beritahu dia terlebih dahulu untuk menjaga beg duit Dyla *Ego.

Pada tepat pukul 8 malam,Dyla telah mengajak mama untuk pergi ke restoran Warung Wak Radol untuk makan satay.Dyla hanya mengenakan track suit & t-shirt berkolar serta memegang beg duit hello kitty tanpa membawa beg tangan.

Sesampainya di Warung Wak Radol,Dyla telah menyuruh Luffy memegangkan beg duit Dyla.Makan punya makan,sampai tidak ingat dunia akhirnya beg duit tersebut telah dilempar ke tepi untuk menikmati satay terhebat bukit kempas.

Setelah Dyla membayar satay di kaunter pembayaran,semua sudah get ready nak masuk ke dalam kereta.Saat itu juga otak sudah memikir bahawa beg duit hello kitty telah di pegang oleh Luffy sayang.

Mama memecut kereta avanza dengan laju sekali.Dalam 15 minit sudah tiba di perkarangan rumah.Saat itu juga tangan ligat mencari beg duit.

Eh,mane beg duit aku ni? Fy,kau pegang ea?

Eh,mane ade!

Sumpah?

Sumpah la!

Oh tuhannnn! Rasa nak berjurai air mata ni :'(  Dalah dalam beg duit tu ada kunci rumah,i/c fotostate,keychain pemberian Theya sayang *babe i'm so sorry dan duit sekolah sebanyak Rm5 untuk esok! Macam mane ni? Habis laa aku mati kebuluran :'(
sila datang lagi

No comments:

Post a Comment