Stalker ♥

Thursday, February 14, 2013

ADILAH IS A GIANT!

Salam everyone~

Nampak tak tajuk yang berada di atas sana? Korang korang yang mengenali diri ku ini,adakah Dila ni seperti "GIANT"? Benar kah? Otak ligat berfikir.Soalan yang sama masih Dila fikirkan.Adakah Dila ni nampak seperti gergasi?

Dalam kelas,Dila la antara budak melayu yang paling besar dan tinggi (selain foreigner).Bila berjalan dengan kawan-kawan melayu yang lain,semua mata memantang ke arah Dila dan rakan-rakan yang lain.Mungkin nak tengok perbezaan antara badan kiteorang. Tipu la kalau Dila tak malukan?So,memandangkan Dila dah jadi gergasi dekat kelas tu,Dila terpaksa menyimpan segala kasut-kasut tumit tinggi / wedges Dila. Bila keluar dengan diorang,Dila terpaksa pakai flat shoes je (kadang-kadang).



Nampak tak? Tu amek gambar membongkok tu.Kalau diri tegak2 ala-ala model comfirm 
semua cakap Dila giant -_-"



Setiap hari,malah setiap masa,Dila cakap kat diri Dila 'Mesti diorang cakap,Eh budak ni mesti dari baka besar ni.Tak pun mesti diorang tertanya-tanya,Dia ni orang asia ke bukan ni? Tapi muka melayu." Arghhhhhhhh,malunyaaaaaa! Malunyaaaa! Malunyaaaaaaaaaaaaa! Mana nak letak muka yang cantik dan comelz ni?

Susah la kalau Dila dapat suami pendek akan datang nanti.Mama dah siap-siap sound Dila

  "Aku tak nak menantu pendek.Aku nak menantu aku tinggi!
TINGGI.Faham?"

Wuuuuuu~


sila datang lagi

Friday, February 8, 2013

Last paper,tamat semester 2.

Salam everyone~

Rindu Dila tak? Hehe. Okay,agak lama juga Dila tak update blog sebab terlalu padat masa disebabkan exam final punya pasal! Hari ni,hari dimana Dila telah tamat semester 2. Yey! I'm gonna be a senior soon! Yahoo! But now,not yett.Next week tunggu la ye adik adik Mahsa sekalian.Ngeh ngeh ngeh :3

Serious Dila katakan,dalam banyak-banyak subjek,yang paling scary sekali Sugical.Rasa macam nak melayang nyawa ni apabila keluar je dari dewan peperiksaan.Peluh masa menulis tak tertadah *okay ini tipu bebenor* Jantung ni,berdegup kencang macam lari kena kejar dengan anjing! Tangan dengan kepala patella (lutut) ni tak tau nak cakap macam mana.Bergegor memanjang!

Okay,kita cerita pasal Sugical ye. Masa Miss dot dot melangkah masuk sambil membawa sampul surat besar (dalam dia ada kertas soalan) hati ni dah tak tentu arah.Baik-baik tak ada rasa nak buang urin (air kencing) tetibe rasa nak buang! Kertas soalan diedarkan.

Miss dot dot : Okay class,now start write your name and you matric card number.

Semua pelajar menulis tanpa seorang pun yang bersuara.Takut katakannnnn~

Miss : Have you done class? Okay.You may start now.

Masa diberikan adalah 1jam 30min.Tapi Dila tak rasa pun 1jam 30min tu.Rasa macam 3,4 jam pula.Serious Dila cakap,scaryyyyyyy punya pasal! Bila Dila pandang belakang je,muka masing-masing berkerut-kerut.Ada yang menjerit perlahan katakan "Yes! Aku dapat jawapan ni!" ada pula yang mengeluh 24jam,dan ada juga yang mengalah "ah,hentam jela".

Tergelak kejap bila tengok muka diorang semua. Tengok punya tengok,sedar tak sedar,Miss dot dot bersuara,

Miss dot dot : Okay class.It's 4. Exactly 4! Now stop writing.

Dup dap dup dap,jantung masih lagi berdegup kencang.Dila pasti,kalau buat kiraan nadi mesti abnormal terus! Sehelai demi sehelai kutipan kertas itu diambil oleh Miss dot dot.Dan yang terakhir,kertas Dila dikutip! Phew~ Lega.Lega sebab dah selesai semuanya.

Keluar dewan dengan langkah kiri dan kanan! Yey,TAMAT SUDAH SEMESTER DUA!


Pernah korang buat kerja macam ni? Tak pernah?

Okay,tak apa,sebab Dila je selalu buat kerja macam ni :P




sila datang lagi

Saturday, November 17, 2012

Bangun pagi konon

Salam everyone~

tit..tit..tit..

Jam bewarna pink menunjukkan tepat pukul 7 pagi.

Dila : Ahh,tidur 5 min lagi la.

tit..tit..tit..tit..

Jam bewarna biru pula bunyi

Dila : Adoi..5min lagi laa.

teng..teng..teng..teng..

Kali,bunyi pula alarm handphone.

Dila : Okay okay,5min je lagi.

Tiba-tiba... "TEH TARIK SATU UNCLE!"

Oh my gaddddd.. Dila terus bangkit dari tidur.Kepala terhantuk sedap di tiang katil.

Dila : Ouwwww..ouchhh.Sakit k.Sakit. *gosok kepala*

Niat di hati pada pagi ini untuk study subjek microbiology memandangkan 19 Nov 2012 peperiksaann pertengahan tahun sudah bermula.

Mula-mula buka buku yang berada di atas meja.Sesekali baca,ada terminology yang Dila tak tahu.Buka pula kamus jururawat.

Dila : Oh! Ni rupanya maksud diaaa..

Bila baca dengan lebih dalam...

Dila : Ehh,apa maksud ni pula? Asal pudar-pudar je nih? Tak apa-tak apa,check kat internet.

Lemah longlai kaki dihayunnn lalu membuka laptop.

Dila : Ha,sementara tunggu loading ni,buka dulu la facebook and twitter.

20 min kemudian.

Dila : HAHAAHHAH!! Lawak siot statement ni.

1jam kemudian

Dila : K,sedih dengan diorang ni :(

Dan sekarang ni,where am I? Yeah,pandai,I'm in blog.Hew hew. Okay la,nak sambung study balik! Adiosss! sila datang lagi

Thursday, November 15, 2012

24 hours busy

Salam everyone~

Dah berapa hari Prince Charming Dyla busy.Bukan dah berapa hari,tapi sepanjang beliau sambung belajar lagi.Haiss,hati ni tiap-tiap hari jerit "Luffy,kau tau tak yang Dyla cantik ni rindu kau tahap gabannnn!!!!" tapi,ku pendamkan sahaja la~ Ta kan nak cakap kot? Jatuh ahhh air muka I sebagai perempuan en? *naik satu kening*

Bila Dyla termenung sorang-sorang en,mesti ada jiwa negatif datang berbisik "Ha,tu la.Dulu Luffy tu nak sambung amek law,kau ta kasi.Pastu dia nak sambung business bapak dia kau tak kasi.Nak boypreng kau jadi doktor sangat en? Haaa,now dia dah minattttt,rasakan kau Dyla!" Sedih kay tindak balas jiwa negatif ni.

Bila jiwa positif datang berbisik,"Alaa,relax la Dyla. Biar je Luffy nak kejarkan cita-cita.Kau dah jadi  jadi nurse,laki kau doktor,haaaa sesuai sangat la tuuuu. 6 tahun tu kejap jela wehh.In a blink of an eyes je. Nanti lepas dah habis belajar semua,diri sendiri juga senang.Kata nak beg Hermes Birkin en? Haa,nanti Luffy kau comfirm belikan punya!"

Ohhh,Amin,amin ya rabbal alaminnnn.Bisikkan positif ni sentiasa menaikkan semangat Dyla! Thank youu.And you know what? You know whatttttttt?!!!! Tadi Dyla buka twitter Luffy,and then dia cakap en Dyla sweettttt.Awwwwwww,nampak tak dia puji sayaaaa? Hahahahaha. *beria kemain*

Okay la,akhir kata dari saya, bahawasanya saya Adilah Binti Sabani yang berada di Malaysia,pada tepat pukul 4.53pm mengatakan yang dia terlalu merindui Model Tapis Air tu. Adios! sila datang lagi

Sunday, October 21, 2012

Kalau boleh,saya....

Salam.


Kalau boleh,setiap hari,setiap masa,setiap saat,diri ini hanya nak pandang Prince Charming tu je.Kalau boleh,bila nak bangun tidur setiap pagi,pandang muka dia.Senyum sambil melihat matanya yang tertutup rapi.Alangkah bagusnya,masa itu berlalu dengan pantas.Kalau boleh,nak lebih pantas dari kilat.Tapi,diri ini tau,6 tahun adalah masa yang sangat lama.

Memberontak macam mana sekali pun,6 tahun pasti berlaku.Masa itu,tidak boleh di patah balik.Kena ingat itu dalam otak saya! Setiap hari,hampir setiap masa,diri ini pandang ke tingkap,sambil melihat awan biru.Hati ini berbicara "Bila Prince Charming nak balik?"

Ye,benar jodoh di tangan tuhan.Jodoh tidak boleh di buat main.Jodoh bukan boneka.Tapi,kalau boleh,diri ini ingin sentiasa bersama Prince Charming.Kalau boleh diri ini sentiasa ingin disampingnya.Pernah sekali tu,telinga mendengar kata-kata yang cukup membungakan hati saya, "Ha,baguslah tu! Sorang doktor,sorang nurse.Hope kekal-lah diorang tu ye"

Amin insyaAllah,jika dengan keizinan tuhan :')


sila datang lagi

Wednesday, October 3, 2012

Malam yang menyeramkan.

Salam everyone~

Krikkk..krikk...krikkkk..

Mata Dilah meliar ke belakang.Tetapi telinga masih lagi tertumpu pada skrin laptop.

Krikkk...krikkk...krikkk..

Sekali lagi benda tu bunyi lagi. "Eh,bunyi apa pula ni? Aku nak chatting dengan Prince Charming pun tak senang" hati Dilah berbicara dalam ketakutan. "Okay,back to normal.Nothing happen Dilah.Relax"

Haaaaaaaaaaahahahahahahaaha. Krikkkk...krik...dom!

Sekali lagi bunyi."Apa sebenarnya tu?" Mata ku masih lagi tidak takut untuk pandang ke belakang.Tetapi jantung berdegup dengan pantas seperti sedang lari 4 x 100 meter.Kaki pantas bergerak ke arah katil Nabila yang sedang nyenyak tidur.

Dilah : Nabila! Nabila!

Nabila : Arhhhhhhh...krok krok.

Dilah : Nabilahhhh! Bangun laa!

Nabila : Apa diaaa? *mogok*

Dilah : Saya dengar something la.Pastu pintu tu buka katup!

Nabila : *bangun,dan memandang ke arah katil sebelah* Dania la tu.Dia tengah call Aiman.

Dilah : Takan la! Cuba awak tengok! Saya takut la! *cuak bukan kepalang*

Nabila : *bangun dan ke arah pintu*

Dilah : .........................

Nabila : Aku dah cakap Dania! (=.=) / *sekali lagi Nabila mogok kerana tidurnya terganggu*

Dilah : Hek hek hek. *Muka tak bersalah* sila datang lagi

Kenapa semua mesti aku yang kena!

Salam



"Kenapa mesti aku? Kenapa? Kenapa mesti aku yang 24jam dipersalahkan?" bentak hati Dila. Tak tahu macam mana nak ungkapkan lagi.Mestikah Dilah yang dipersalahkan,atau mungkin memang Dilah salah? Menolak dengan cara yang baik pada mulanya.Dah terang tang tang,dia cakap dulu "Kalau dah pakai tudung,buat cara pakai tudung." Dan hari ni,Dilah di persalahkan? This is not fair!

And and and,kalau betul la dia tak marah Dila,why dia mesti nak cakap kasar sampai ber-kau aku,betul tak? Selama ni,ber-saya awak,ber-kita kita,tiba masa tadi,macam nak mogok pula masa ending conversation :( Eiii,semua tak kena! Kadang-kadang fed-up tau tak,bila terlampau nak jaga hati orang.Kalau 24jam,hati orang kita nak jaga.Siapa nak jaga hati kita?


____________________________________________________________________



"Oh encik kepala,boleh tak anda perlahan sedikit denyutan tu.Walaupun anda terlalu stress atau penat belajar,boleh tak awak tolong perlahankan sedikittttt je.Tolong ye." Denyutan di kepala masih terasa.Tak tahu nak ungkapkan macam mana.Makin menjadi-jadi pula rasa sakit itu.Rasa seperti dihentak dengan besi beg Chanel.

Bila diusap dan dibelai serta urutan dengan ramas yang perlahan,hilang terus rasa hentakkan besi beg Chanel.Terasa pula seperti berada diatas sofa Lorenzo.Tapi,hanya seketika sahaja sofa tersebut berada di dalam khayalan,kerana besi beg Chanel datang kembali menghentam.Oh,sakit.Serius sakit!

Anak mata meliar mencari paracetamol.Tidak cukup dengan itu,tangan mencapai pula ubat analgesic.Setelah ditelan 4biji ubat skali gus,kepala masih lagi berdengut.Semakin sakit pula rasanya.Apa sebenarnya terjadi? Tidak pernah pula rasa sakit kepala sehingga 4 hari berturut-turut.Okay,think positive Dilahhhhhh.Think positive.InsyaAllah,everythings gonna be alright.Fuh~ sila datang lagi