Stalker ♥

Friday, February 8, 2013

Last paper,tamat semester 2.

Salam everyone~

Rindu Dila tak? Hehe. Okay,agak lama juga Dila tak update blog sebab terlalu padat masa disebabkan exam final punya pasal! Hari ni,hari dimana Dila telah tamat semester 2. Yey! I'm gonna be a senior soon! Yahoo! But now,not yett.Next week tunggu la ye adik adik Mahsa sekalian.Ngeh ngeh ngeh :3

Serious Dila katakan,dalam banyak-banyak subjek,yang paling scary sekali Sugical.Rasa macam nak melayang nyawa ni apabila keluar je dari dewan peperiksaan.Peluh masa menulis tak tertadah *okay ini tipu bebenor* Jantung ni,berdegup kencang macam lari kena kejar dengan anjing! Tangan dengan kepala patella (lutut) ni tak tau nak cakap macam mana.Bergegor memanjang!

Okay,kita cerita pasal Sugical ye. Masa Miss dot dot melangkah masuk sambil membawa sampul surat besar (dalam dia ada kertas soalan) hati ni dah tak tentu arah.Baik-baik tak ada rasa nak buang urin (air kencing) tetibe rasa nak buang! Kertas soalan diedarkan.

Miss dot dot : Okay class,now start write your name and you matric card number.

Semua pelajar menulis tanpa seorang pun yang bersuara.Takut katakannnnn~

Miss : Have you done class? Okay.You may start now.

Masa diberikan adalah 1jam 30min.Tapi Dila tak rasa pun 1jam 30min tu.Rasa macam 3,4 jam pula.Serious Dila cakap,scaryyyyyyy punya pasal! Bila Dila pandang belakang je,muka masing-masing berkerut-kerut.Ada yang menjerit perlahan katakan "Yes! Aku dapat jawapan ni!" ada pula yang mengeluh 24jam,dan ada juga yang mengalah "ah,hentam jela".

Tergelak kejap bila tengok muka diorang semua. Tengok punya tengok,sedar tak sedar,Miss dot dot bersuara,

Miss dot dot : Okay class.It's 4. Exactly 4! Now stop writing.

Dup dap dup dap,jantung masih lagi berdegup kencang.Dila pasti,kalau buat kiraan nadi mesti abnormal terus! Sehelai demi sehelai kutipan kertas itu diambil oleh Miss dot dot.Dan yang terakhir,kertas Dila dikutip! Phew~ Lega.Lega sebab dah selesai semuanya.

Keluar dewan dengan langkah kiri dan kanan! Yey,TAMAT SUDAH SEMESTER DUA!


Pernah korang buat kerja macam ni? Tak pernah?

Okay,tak apa,sebab Dila je selalu buat kerja macam ni :P




sila datang lagi

No comments:

Post a Comment