Stalker ♥

Sunday, October 21, 2012

Kalau boleh,saya....

Salam.


Kalau boleh,setiap hari,setiap masa,setiap saat,diri ini hanya nak pandang Prince Charming tu je.Kalau boleh,bila nak bangun tidur setiap pagi,pandang muka dia.Senyum sambil melihat matanya yang tertutup rapi.Alangkah bagusnya,masa itu berlalu dengan pantas.Kalau boleh,nak lebih pantas dari kilat.Tapi,diri ini tau,6 tahun adalah masa yang sangat lama.

Memberontak macam mana sekali pun,6 tahun pasti berlaku.Masa itu,tidak boleh di patah balik.Kena ingat itu dalam otak saya! Setiap hari,hampir setiap masa,diri ini pandang ke tingkap,sambil melihat awan biru.Hati ini berbicara "Bila Prince Charming nak balik?"

Ye,benar jodoh di tangan tuhan.Jodoh tidak boleh di buat main.Jodoh bukan boneka.Tapi,kalau boleh,diri ini ingin sentiasa bersama Prince Charming.Kalau boleh diri ini sentiasa ingin disampingnya.Pernah sekali tu,telinga mendengar kata-kata yang cukup membungakan hati saya, "Ha,baguslah tu! Sorang doktor,sorang nurse.Hope kekal-lah diorang tu ye"

Amin insyaAllah,jika dengan keizinan tuhan :')


sila datang lagi

2 comments: