Stalker ♥

Thursday, September 13, 2012

Berjalan dalam hujan

Assalammualaikum ;


Pesanan Ringkas : Sorry,saya tak boleh ambil awak.Minya kereta tak ada.

Menitis air mata tatkala menerima pesanan ringkas ni.Sewaktu pulang dari Time Square,baru Dilah teringat rupa-rupanya duit Dilah hanya tinggal Rm1 di dalam wallet. "Alamak,macam mana ni?" Otak ligat berfikir.Bagaimana cara untuk mendapatkan wang. "Minta orang boleh tak?" Oh,ya! Mintak orang.Dengan muka setebal 10inci Dilah meminta lagi Rm1.

Yes! Berjaya.Kaki dengan pantasnya bergerak menuju ke kaunter tiket LRT.Berada di dalam LRT dengan keadaan basah kuyup. Ye,basah dan kuyup. Sekali lagi Dilah ulang,basah dan kuyup.Sejuk bukan kepalang. Hampir keras dek kesejukkan yang melanda sehingga ke tulang rasa bisanya.Kasut? Jangan cerita la,pun basah macam hantu air.

"Station seterusnya,Universiti.Next station,Universiti" operator LRT berbicara. Pintu LRT terbuka luas.Kaki dengan pantas turun ke anak tangga satu persatu. Hujan kian lebat. Jam di tangan menunjukkan tepat pada pukul 9.45 malam. "Ya Allah,sejuknya! Mana bas ni?"

Bas? Ada lagi ke bas nak dekat pukul 10 malam ni? Angin di bawah perhentian bas kian kencang.Kencang bagaikan berlakunya ribut taufan. Dentuman kuat petir semakin galak.Degupan jantung kian kencang.Bagaikan mahu putus talinya. Hati hanya beristighfar panjang.Baju kian kuyup.Tudung kian lencun.

Tiba-tiba kelihatan lampu yang sangat terang. "Eh? Bas!!!!!" Hati mengucap syukur! Bagaikan mahu menangis,kerana Dilah fikir,mungkin Dilah terpaksa beredup di perhentian bas sehingga pagi esok kerana hujan lebat.


sila datang lagi

No comments:

Post a Comment