Stalker ♥

Tuesday, August 21, 2012

Menitisnya air mata....

Salam.

Malam menjelma. Semakin lama,semakin gelap.Semakin lama semakin suram.Dia mnunggu seseorang "sms". Tunggu sehingga pukul 11.30 malam. Satu sms masuk.Gembira bukan kepalang.Tapi sayang,dia berada di luar negara.Sukar untuk membalas balik pesanan ringkas tersebut.Tapi,di kuatkan juga kudrat,dan sanggup untuk menghabiskan kredit semata-mata untuk orang yang dia sangat rindui.

Semakin lama membalas,semakin hangat perbualan.Bukan hangat ke arah berbaik,tetapi ke arah permusuhan. Berbakul-bakul si dia di marahi,di maki,dan akhirnya menitis air mata perempuannya.Dia menangis sehingga sesak nafas.Mulut masih mengucap syahada.Tanpa henti air mata itu mengalir.Mengalir dengan derasnya.

Patutkah si dia menggelar lelaki itu,lelaki dayus / menafik setelah apa yang dilakukannya? Hati perempuannya mengucap panjang.Tidak sanggup,dia menggelar sedemikian rupa kepada insan yang dia sayang. Dia hanya mampu berdoa untuk lelaki itu,agar berubah ke arah kebaikan. Hanya itu yang dia mengharapkan.




sila datang lagi

No comments:

Post a Comment