Stalker ♥

Monday, July 9, 2012

Rindu Mama :'(

Salam~*

Sejak Dyla masuk kolej,Dyla tatau kenapa Dyla sedih,risau,gementar,dan takut.Tapi hati Dyla cakap yang Dyla terlalu merindui Mama.Ye,benar.Dyla memang rindukan Mama.Dyla rindu Mama sangat-sangat.Dalam masa yang sama juga,Dyla rasa macam nak lari je dari hostel dan duduk rumah Umi. (sebabnya tidak boleh dinyatakan.Sensitippp)

Hari-hari Dyla nages.Dyla telefon Mama pun Dyla nages.Tapi Dyla tahan je.Dyla ta nak Mama dengar.Nanti Mama risau. Dyla ingat lagi,masa Dyla stress,Mama telefon Dyla.Lepas tu dia cakap,


"Dyla,kau jangan buat Mama risau.Kau nak boleh tak ni? Ke kau nak stop je belajar?"


Dyla agak terkejut masa tu.Stop belajar?

"Stop belajar? Mana boleh Ma.. Mana Dyla nak cari duit Rm7000 untuk bayar kat kolej?"


Masa tu pun,Mama dah ta boleh buat ape.Masing-masing diam membisu sebentar.Setelah itu,Mama bersuara,

"Dalah Dyla.Kau try je kay? Solat tu jangan tinggal.Try sebanyak mana yang kau mampu."


Dyla tidak cakap banyak.Hanya melepaskan keluhan yang panjang.Bila tengok muka Umi semalam,Dyla rasa macam nak peluk je.Sebab muka Umi macam Mama *mengelap air mata* Cuma Umi pakai cermin mata.Tapi Mama tak pakai.Masa tu Umi tengah buat roti hotdog kat ruang tamu.Tiba-tiba Dyla teringat Mama buat kuih dekat dapur dulu-dulu.Ya Allah,sebaknya *sekali lagi mengesat air mata*


Mungkin,Dyla belum biasa dengan kehidupan asrama.Thats why Dyla jadi macam ni.Ye,mungkin.Kalau dah lama-lama nanti,mesti Dyla okey.Tapi serius,Dyla ta senang duduk dekat asrama :(


Ma,Dyla try dulu okey Ma? Selagi Dyla mampu,Dyla akan try buat yang terbaik.Dyla ta nak Mama dengan Abah kecewa :( InsyaAllah,Dyla akan cuba selagi Dyla boleh.Amin,insyaAllah.




# Dyla rindu Mama.Mama tunggu Dyla balik tau :'(

sila datang lagi

No comments:

Post a Comment