Stalker ♥

Monday, April 2, 2012

Menyambut hari lahir tanpa ........

Salam everyone~*

Hari ni birthday Dyla! Happy Birthday to me.Tadi Abah dan Mama ajak kiteorang semua pergi restoran dekat Senibong.Kononnya,nak sambut birthday Dyla dekat situ..Dipendekkan cerita agak-agak dalam 2 jam gitu,dah selesai segala makan,kami sekeluarga pun balik.

Sesampai je Dyla dekat rumah,tiba-tiba Dyla teringatkan Luffy. Baru Dyla ingat apa yang tak lengkap.Rupa-rupanya,Luffy. Hari ni,hari dimana Luffy akan menyambung pembelajaran dia.Jadi,dia terlalu sibuk untuk urusan menguruskan hostel dan ice breaking (sesi pengenalan).Tape,Dyla faham.Nanti Dyla pun macam tu :(

Luffy call Dyla pun sekejap-kejap je.Katanya tak boleh lama. "Ahhh,tapela.Ingat Dyla,Luffy nak belajar demi masa depan dia dengan kau juga! Sabar je kay? 6 tahun tak lama pun.Think positive." Ye,hanya itu yang hanya Dyla mampu buat sekarang.Fikir positif.Fuhhh!

Dyla pun pandang Cupipi Luppy, "Cupipi,kan bagus kau boleh bercakap.Haishhh." Dulu,setiap hari Dyla dengan Luffy pergi tesco sama-sama.Dua benda je yang kiteorang beli dekat sana. Coolblog dan Crepee.Tapi,hari ni? Tape,sekali lagi Dyla ulang,Dyla faham.Dulu,setiap kali birthday Dyla,tak pun anniversary kiteorang,Luffy mesti belikan Dyla something yang special.

Ingat tak something yang special tu? Rantai emas putih dan jam esprit.Tapi hari jadi kali ni,Luffy cuma sempat belikan Dyla Cupipi je.Hanya Cupipi je yang sering menemani Dyla sekarang ni.Masuk bilik,hari-hari pandang muka Cupipi. Bila Dyla rasa sunyi,Dyla akan buka instrumental piano (Kiss the rain).Time tu la Dyla akan rasa sedih gila yang amat!

Kenapa sedih? Sebab lagu ni lagu kesukaan Luffy dengan Dyla.Bila dengar je lagu ni,semua memory indah antara Dyla dengan Luffy,Dyla akan ingat.Muzik dia sedih sangat.Even tengah sedih sikit pun,bila dengar lagu ni mesti menangis. "Kenapa mesti aku menangis? Ya Allah,kuatkan-lah aku ya Allah.Kenapa lemah sangat aku ni ya Allah?"


Untuk Luffy : Tapelah Fy.Saya faham situasi awak sekarang ni.Nanti awak balik,mesti awak bawa saya pergi some place untuk celebrate birthday saya kan? Tape,saya tunggu :') Saya tunggu sampai awak balik.





"Saya tunggu awak" :')





sila datang lagi

No comments:

Post a Comment