Stalker ♥

Saturday, April 14, 2012

Hobi melancong sangat menarik,TAPI...?

Salam everyone~*

Hari ni Dyla nak cerita sikit pasal melancong.Seperti yang korang ketahui,Dyla memang suka melancong.Terutama sekali luar dari negara Malaysia.Bukan Dyla ni tak geti bersyukur dengan  keindahan dalam negara sendiri tapi,Dyla suka mempelajari/melihat budaya dari negara lain.Bukankah itu sangat menarik?

Okey,seperti yang kite ketahui,Bahasa Inggeris adalah bahasa internasional.Tapi ada juga diantara negara yang hampir 50% -70% tidak fasih dalam Bahasa Inggeris.Bukankan perkara itu sangat susah untuk kite pergi melancong secara bag pack (melancong sendirian berhad) ? Contohnya melancong di negara seperti Korea,China,Jepun,Russia,Sepanyol dan sebagainya.

Selama ni Dyla melancong di negara yang mudah untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris.Tetapi  tahun lepas,selepas habis je Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia,Abah dah book ticket dan Dyla terus berangkat ke China.Ya Allah,punya la susah nak bercakap/beli seseuatu/pergi tandas/cari tempat/nama makanan dan sebagainya! Tapi,nasib baik Dyla ada pemandu pelancong yang bernama Jing Jing :)

Untuk pengetahuan korang,ada juga di antara kastam dia yang tidak mengetahui Bahasa Inggeris.Masa tu Dyla dengan Hakeem pergi cop passport. Then Dyla tanya dia

Dyla : Err...Sir.Should I keep the card or what?


Kastam : Ha? Ok.


Dyla : .................................. *mengeluh*


Susah bukan? Yeah,sangat susah.Hari tu Dyla dah cakap dengan Abah,Dyla nak pergi Korea bila umur dah mencecah 19 tahun/ 20 tahun.Abah cakap haa,tengoklah macam mane.Then bila di fikir-fikirkan balik,kalau Dyla pergi negara Korean tu jenis beg pack,macam mana Dyla nak berinteraksi dengan mereka semua? Silap hari bulan,nak tidur hotel murah pun tak dapat!

Jadi,macam mana sekarang? Tak kan nak tengok kamus 24jam 60min kalau nak bercakap? Itu kalau kite sendiri nak tanya dekat dia boleh la.Kalau dia balas balik,tapi kite tak faham macam mane? Haa,tak ke nahas tu?Silap hari bulan,nak ke airport untuk balik Malaysia pun tak dapat -_-"

So,bagaimana ini? Melancong dengan pemandu pelancong boleh dikatakan mahal.Kalau melancong jenis beg pack susah nak berinteraksi.Adakah Dyla perlu belajar bahasa negara yang Dyla nak pergi atau apa? Hurm,sangat buntu sekarang ini >.< kbai.




sila datang lagi

No comments:

Post a Comment