Stalker ♥

Monday, March 26, 2012

21 March 2012

Salam everyone~*

Ya Allah! Hanya itu yang terpancul dari mulut Dyla sewaktu melihat keputusan peperiksaan Dyla hari tu. Rasa macam tak percaya yang Dyla boleh dapat 3A 2B 3C. Untuk orang yang pandai,mesti korang cakap 3A tu tade apa-apa maknanyakan? Tapi untuk Dyla,ia sangat bermaknanya :') Sangat membanggakan Mama dan Abah! Sebelum ni,susah betul Dyla nak dapat A.Sangat susah.Selama ni banyak adalah.Boleh di kira yang lulus tu berapa.Dyla frust sangat bila dah nak amek result tu.Dyla takut nak amek.Takut ta dapat buat mama dengan abah Dyla bangga.

Malam tu, (20hb Mac 2010) Dyla msg Fany.

Dyla : Salam,Fany,kite takut :(

Fany : Dyla.jangan takut kay? awak dah buat yang terbaik.Dah ramai yang msg kite macam ni.

Dyla : Kite takut ta boleh banggakan mak nan ayah kite Fany :'( kite takut sangat! Kalau kite dapat 1A pun jadi la Fany :(

Fany  : Dah,dah.Kite percaya,awak boleh dapat lebih dari satu A.Jangan risau kay ? :D

Macam gitu la lebih kurang msg Dyla dengan Fany.Lepas tu Dyla tanya Fany macam mana nak solat hajat semua.Banyak la gak Dyla tanya soalan2 tentang agama malam tu.Dan Fany reply msg Dyla dengan hati yang terbuka :) Thanks Fany.Kite sangat hargai awak.

Malam tu,lepas Dyla msg Fany,Dyla kunci jam pukul 2.30 pagi. 2.30 pagi tu,betul2 jam Dyla bunyi.Agak kelat nak buka mata ni.Mana ta nya,time-time gini lah ramai manusia sedang nyenyak di buai mimpi.Tapi,Dyla gagahi juga mata ni. Lepas ambil air sembahnyang semua,Dyla terpandang muka mama.Dyla menangis-nangis semahu-mahunya.

Masa solat tu,Dyla solat sambil nangis.Masa sujud tu lagi la.Lepas tu Dyla niat dalam hati apa yang Dyla nak. *Ta kan nak luahkan juga kat blog kot.Malu ahh* Lepas dah habis solat semua,Dyla tidur balik dengan mata yang bengkak belaka.Bila dah pukul 6 tu Dyla bangun nak solat subuh,ya Allah,lagi susah mata ni nak buka! Punya la susah.Macam letak gam UHU!

Tapi,ku gagahi juga! *semangat ahh konon* Lepas solat tu,Dyla mandi-mandi kejap.Then tolong apa-apa yang patut dekat bawah.Lepas tu Raihan msg,dia suruh datang awal katanya.Dyla pun dengan sepantas kilat,Dyla tukar baju.Sampai kat bawah je,Luffy datang amek.And you know what?Dia belum mandi babe.Busuk ahhh.HAHA *gurau je yang*

Sampai kat rumah Raihan,si Raihannya pun belum mandi juga! Alahai~* Dalam hati ni,rasa Dyla sorang je bersemangat nak amek result.Agak-agak dalam 1jam gitu,Raihan dah bersiap dengan haruman sabun buku dalam bilik air dia besertakan shapoo Rejoice dia.

Tup.tup.tup.Dah pukul 10.05. Dyla pun ajak Raihan pegi sekolah.Mulut ni terkumat-kamit beristigfar sepanjang jalan.Kaki ni menggeletar je~* Dah sampai kat pasar,sorang pun blom ada! *antara kawan2 kiteorang la* Dyla dengan Raihan pun buat keputusan nak tunggu diorang dekat anjung.Ngetehh kejap.

Dalam 10.50 am tu,Raihan dengan tak reti sabarnya terus ajak Dyla pegi sekolah.

Raihan : Eh,jom ah! Lambat ah diorang ni

Dyla dengan tiada bantahan terus mengikut langkah Raihan.Walaupun hati ni menyatakan tidak! Sampai je dekat sekolah punya foyer C,adik Dyla,Akim terus menerpa kat Dyla.

Akim : Dyla! kau tau ark kau dapat berapa?!

Dyla : Belum. Aku baru je sampai. *berdegup gila jantung*

Akim : Kau dapat 3A dhooo ! *time tu akim dah peluk Dyla*

Dyla : Yeke weh?! *mata dah mula berair*

Akim : Ye ar! pegi ah tengok kat papan kenyataan tuu!

Tanpa membuang masa,Dyla terus berlari tanpa menghiraukan kawan2 yang ramai memanggil.Tengok dengan teliti. "Ah! Tu pun nama aku!" Ya Allah,betul ke ni ya Allah? " Menitis air mata Dyla.Sekali lagi Dyla berlari tanpa menghiraukan kawan kawan yang memanggil.Dyla telefon mama time tu.

Dyla : Hello? Mama!!!!!! Dyla dapat 3A !!!!

Mama : Apa?! Wahh! Bagus la kau!

Lepas dah telefon tu,mama terus amek Dyla kat sekolah dan balik~* Ta sangka,Allah makbulkan permintaan Dyla.Betul cakap Fany,Allah sentiasa mendengar doa hamba-hambanya.Terima Kasih ya Allah! sila datang lagi

No comments:

Post a Comment