Stalker ♥

Thursday, February 9, 2012

Apa pun ta boleh!

Salam everyone~*

Hari ni,saya nak cerita sikit apa yang saya ta puas hati! Saya tengok la kan dalam kalangan orang yang saya kenal (nama-nama telah dirahsiakan) majoriti,nak bergaya,nak duit lebih sebab nak belanja awek,nak keluar dengan boyfriend,nak hot dan popular segala bagai <--ayat baru remaja masa kini "bagai".

Tapi yang membuatkan saya sangat geram,benda-benda yang disenaraikan diatas,semua mereka nak! Belajar yang paling penting tu ta nak! Kenapa? Sebab korang rasa dengan snap-snap gambar bagai itu ini boleh membuatkan korang kaya? hot? popular? cukup cantik tertarik gedebom-bom? 

Oh gosh! Korang tahu ta,ilmu tu penting?Kalau nak masuk poli pun nak kena lulus Bahasa Melayu.Kalau bahasa rasmi negara sendiri pun korang ta lulus,macam mane nak sara anak bini aka datang?Tu kalau lelaki.Kalau perempuan ni,kalau ta kahwin,macam mana nak hidup?Ta kan still nak duduk bawah ketiak mak bapak?

Okey,saya admit,saya ni bukan pandai dan terror.Tetapi,sekurang-kurangnya saya perah berusaha.Saya ta nak mama dengan abah saya malu.Cuma,ada segelintir ibu bapa (kenalan mama dan abah) meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap anak-anak mereka dihadapan saya.Saya jadi kasihan melihat mereka.Apa yang mereka marahi itu,memang ada betulnya.Mereka nak anak-anak mereka berjaya.Tapi adakah anak-anak mereka memahami situasi sebegini?

Renung-renungkan lah ye :)


sila datang lagi

No comments:

Post a Comment