Stalker ♥

Tuesday, November 29, 2011

Tinggal Kenangan 5 Bestari

Salam semua,




Pada tarikh 5 Disember 2011 nanti adalah tarikh dimana Dyla dan rakan-rakan yang lain akan berpisah dari alam persekolahan. Ye,kelas Prinsip Perakaunan (5 Bestari) yang dahulunya kelas top 1

1. Tiada disiplin
2. Bising
3. Kurang ajar
4. Selalu fail akaun
5. Kerap masuk pejabat
6. Gaduh dengan cikgu yang di benci/gedik/sombong/pemarah
7. Tak siap kerja B.melayu kena diri dekat luar/buat 5 ata 10 karangan..

Walaupun kiteorang semua ni Nakal tapi result kiteorang okey la juga. *kecuali akaun. Kiteorang pun saling bekerjasama bila nak menjalankan sesuatu aktiviti.Contohnya,jamuan.Majoriti kelas kiteorang ni agak sama sahaja orangnya dari tingkatan 3 lagi.

PERISTIWA:
Masa Tingkatan 4
Perkara yang paling Dyla ta boleh lupakan ialah bergaduh dengan cikgu Science kiteorang dulu.Ketua kitorang siapa lagi kalau bukan Cat Women (Fany). Tapi yang paling teruk kena tuduh ialah Raihan.Haha.Sabar ea Raihan.Tapi kiteorang tak ada apa-apa tindakkan tegas,melainkan surat amaran.Muka-muka yang kena panggil ialah Fany,Dyla,Eika,Raihan & Fyqa.

Masa Tingkatan 5
Perkara yang ta boleh dilupakan dalam benak fikiran ialah pertukaran guru Prinsip Perakaunan.Kesian cikgu tu,asyik kena buli dengan kiteorang je.Kiteorang langsung ta faham apa yang diajar oleh cikgu tersebut.Ayat yang sering dikemukakan ialah "HAFAL CARA YE PELAJAR!" Ha? cara apa? Setahu Dyla hafal formular.HAHA.Bila dia cakap mesti keluar air liur kat tepi bibir dia. Memang sangat lawak.Raihan selalu reject dia. Dyla dengan yang lain-lain gelak sakan dekat belakang.Manakala pelajar cina tidur.Pernah sekali tu Dyla buat cikg akaun tu marah.Dyla joget sakan dekat belakang dia sewaktu dia mengamuk.Semua pelajar dalam class tu gelak hampir pecah perut.

KEDATANGAN GURU BAHARU:
Dalam beberapa bulan tu,cikgu akaun tu dah ta tahan dengan kiteorang.Jadi kelas kiteorang di tukarkan dengan guru baru.Nama belia ialah CIKGU AIN.Cantik orangnya.Manis pula tu.Tapi jangan terkejut! Disebalik rupanya yang lemah lembut,suaranya yang lantang membuatkan semua pelajar kecut perut! Sekali jerit,semua terdiam.Ada berani? Beliau juga merupakan guru kelas kiteorang.


Masuk-masuk je hari pertama dekat kelas kiteorang Cikgu Ain dah siap-siap bagi warning en.Beliau kata jangan main-main dengan beliau.Sebab beliau dah banyak dengar aduan pasal kelas kiteorang dekat cikgu-cikgu lain.Semua senyap je masa beliau beri amaran!


Ayat yang sangat di gemari cikgu Ain ialah 

"Celah mane?"

ayat tu mesti terpancul time kelas akaun.


Untuk Cikgu Ain 
Dengar sampai habis tau cikgu


Kami

Sayang

Cikgu

AIN 

sila datang lagi

No comments:

Post a Comment