Stalker ♥

Tuesday, September 6, 2011

bahang dewan peperiksaan

Hai,Salam semua  






Sudah terang lagi bersulur,semua pelajar tingkatan 5 sdang bertarung di dalam dewan peperiksaan untuk menjawab segala mak nenek soalan.Fuh~*Rasa bahang dewan ibnu sinar di sekolah tadi betul-betul mengancam jiwa dan raga Dyla!


Tidak ada sepatah perkataan pun yang berani muncul dari mulut para pelajar.Masing-masing tekun untuk menjawab soalan yang dikemukakan.Idea-idea yang bernas semakin deras masuk ke dalam otak! Tiba-tiba kedengaran bunyi suara nyaring pelajar-pelajar cina yang menjerit! Sakit hati Dyla bukan kepalang.Bersumpah seranah Dyla di dalam hati. Hilang segala apa yang muncul!


Jika Dyla di benarkan menjerit,ingin sekali Dyla menjerit 



Tidak!!!!!!

Tetapi Dyla tahu,mana ada dalam dunia ni peraturan menjawab peperiksaan "anda dibenarkan menjerit,jika anda berasa bosan/geram/marah apabila seseorang berbuat bising di dalam dewan peperiksaan" kalau ada pun,dalam mimpi sahaja laaaa..


Rintikkan peluh tidak putus dari dahi.Walaupun Dyla duduk betul-betul di bawah kipas,tetapi masih panas terasa di badan! Jam gergasi yang berada di hadapan Dyla,menunjukkan tepat pada pukul 10.00 pagi.Ini bermakna,Dyla hanya ada 15 min untuk menyiapkan karangan bahagian B.

Kringgggggggggggggggg!!!

Terkejut bukan kepalang.Nasib baik tidak melatah.Deringan lonceng menunjukkan tamatnya Kertas Bahasa Melayu 1. Langkah demi langkah cikgu Hartini mengutip kertas jawapan.Tetapi Dyla masih tetap menulis tanpa menghiraukan rakan-rakan yang memanggil.

tup..tap..tup..TAP!

Kasut tumit 1/2 inci cikgu Hartini kini berhenti di hadapan Dyla.

Cikgu Hartini : Adilah,dah siap belum? cepat sikit.

Oh yeahhhhhhhh! Siap juga akhirnya karangan Dyla! Setelah kesemua kertas pelajar dikutip,barisan Dyla keluar terlebih dahulu.*Well,lantai barisan Dyla paling bersih,thats why keluar cepat. Tiba-tiba,sseorang yang menarik tangan Dyla dari belakang.

Orang tu : Dyla! dyla! boleh jawab ta?

Ohh..Fyqa si kerinci rupanya..

Dyla : HAHA! boleh :) awak?

Fyqa : kite pun boleh <33

Tanpa membuangkan masa,Dyla dan fyqa terus menuju ke class 2F untuk meletakkan peralatan tulis,lalu bergerak menuju ke kantin.







sila datang lagi

No comments:

Post a Comment