Stalker ♥

Friday, August 12, 2011

Gerak Gempur yang bakal tiba

Salam semua rakan-rakan.



Ayat pertama Dyla pada saat ini hanyalah "Oh tidakkk! Exam dah dekat! Macam mane ni?!" Ta apa,astro tutor TV for SPM kan ade :D Aduh,main-main plak Dyla ni.Apa yang paling membimbangkan pada saat ini hanyalah Sejarah & Prinsip Perakaunan. Mari kita kupas satu per satu yang macam mane perkara ni boleh buat Dyla hampir pecah kepala.



Memula sekali kita cerita topic Prinsip Perakaunan. Nak menangis gila boleh ta? Tadikan,Cikgu Ain bagi banyak sangat latihan Penyata Perdagangan.Tolong la jangan tanya Dyla soalan "So how Dyla? boleh buat ta?" Dalam hati ni beristigfar panjang oh! Punya la sakit kepala otak tepat pada pukul  11.15 a.m setelah tamatnya waktu rehat (p/s: saya ta puasa) Kaki ni jangan cerita la,punya la penat ke hulu ke hilir. Ke depan ke belakang. Macam nak poco-poco pun ada. Kesian tengok Cikgu Ain sayang,sebab dia pun macam dah nak buat poco-poco.Satu persatu anak murid kesayangan dia memanggil untuk memberi tunjuk ajar.Sabar ye Cikgu Ain =.=' Saya janji,saya akan buat sebaik mungkin untuk gerak gempur kali ni! Amin! Kalau saya berjaya,saya belanja cikgu makan KFC! :D

Seterusnya,Dyla nak cerita pasal subjek yang agak membosankan iaitu Sejarah (tolong jangan tipu,sebab majoriti ramai pelajar yang tidur masa sejarah!) Nasib baik cikgu sejarah Dyla ni jenis yang memahami,siapa lagi kalau bukan Cikgu Syarizal kite tu en?! hehe.Dyla pun kesian tengok beliau.Bertungkus-lumus dia ajar kiteorang,nasihatkan kiteorang supaya berjaya dan dapat A dalam subjek sejarah. Walaupun dapat cikgu sebaik beliau,kenapa-lah otak ni susah nak ingat point-point sejarah? kenapalah susah nak hafal sejarah? kenapalah lembik sangat mata ni bila menghafal sejarah? Ta pasal-pasal subjek sejarah ni jadi ubat tidur Dyla tiap-tiap malam.Cikgu Syarizal,maafkan saya kalau saya tidak boleh mencapai terget yang cikgu harapkan.Tapi cikgu jangan risau,saya janji yang saya akan buat sebaik-baiknya! InsyaAllah,saya akan berusaha sebaik mungkin.Amin!

Kepada kengkawan di luar sana,Dyla nak mengucapkan selama berjaya dalam setiap peperiksaan/ujian yang akan anda hadapi pada tahun terakhir ini.Jangan menganggap jikalau kita kalah sekarang,kita akan kalah selama-lamanya.Semua orang pernah gagal dalam hidup! Ta ada sorang pun dalam dunia ni sempurna.Yang sempurna hanya satu je,siapa lagi kalau bukan Tuhan kita yang maha esa.Jadi,dari sekaranglah kita nak berusaha! Jangan fikir walaupun kita tinggal 3 bulan je lagi untuk SPM,kita tidak boleh buat & seterusnya kita akan gagal.Tuhan itu ada.Tuhan akan dengar setiap rintihan kita,setiap doa kita & setiap apa jua yang kita harapkan.So,akhir kata dari Dyla,jangan cepat mengalah & sentiasa berusaha untuk capai apa yang kita ingin kecapi!


sila datang lagi

1 comment: