Stalker ♥

Wednesday, July 20, 2011

Gelaran apa yang sepatutnya diberi?

Salam.Hai semua.

Well,Dyla tau ramai di kalangan korang rindu akan "HAND-WRITTING" Dyla bukan? Tau dahh! Haha.Sorry tau sebab dah lama tak meng-update.Ada masalah teknikal yang betul betul serius =.='

Sebenarnya,Dyla tak tahu nak beri gelaran apa kepada seorang hamba Allah ni.Menyuruh Dyla komen tentang dirinya,tetapi menyindir Dyla bagai cacing kepanasan.Ada sahaja kata-kata sindiran yang kurang menyenangkan dari mulutnya. Bukankah sepatutnya beliau harus memperbaiki kelemahannya dirinya dari komen yang diberi? Kalau komen tersebut tidak boleh diterima dengan hati yang terbuka malah sebaliknya,lebih baik anda simpan sahaja kertas itu buat kenangan sebelum bersara.Atau pun,ambil sahaja liquid paper,dan tulis apa apa yang paling TERbaik tentang diri anda wahai hamba Allah :)

Bukan mengata,atau mengumpat,tetapi saya juga ada hati dan nurani.Kali ini saya tidak akan bersikap kurang ajar,malah akan lebih rasional dengan apa yang saya katakan.Anda seorang yang dewasa,dan anda harus memikirkan cara yang lebih rasional untuk kita berbaik,tetapi sifat anda telah mengalahkan seorang pelajar sekolah rendah.Jikalau begitu,gelaran apakah yang harus diberi kepada anda? Maaf,jika kata-kata saya boleh membuatkan anda melaporkan hal ini kepada seseorang.Tetapi apa yang saya katakan adalah benar! Tidak malukah anda bergaduh/bermasam muka/bertekak dengan seorang budak yang belum matang seperti saya?

Saya tahu,sebelum ini saya agak terlebih ajar dengan anda.Malah,ada juga yang mengatakan "jikalau perangai saya sebegini,kemungkinan besar perangai ini mengikut jejak langkah ibu/ayah nya" atau kata lainnya bapa bodek,anak rintik. Benarkah? Baiklah, saya terima.Malah sedikit pun saya tidak berkecil hati pun.Susah sangatkah untuk anda memaafkan saya ini wahai hamba Allah?Besar sangatkah dosa saya ini?Adakah saya memukul anda sehingga anda berhasrat untuk melaporkan saya ke balai polis? Saya masih lagi waras dan mempunyai akal fikiran yang masih segar,sedikit pun saya tidak pernah menyentuh anda.Orang macam apakah anda ini? Pernahkah saya berhadapan dengan anda dan maki dengan kata-kata yang kesat?

Cuma,pada hari sebelum ini saya agak emosi kerana masalah keluarga.Jadi,anda-lah tempat saya melepaskan geram di blog.Siapa yang menyuruh anda untuk mencari masalah dengan saya?Tetapi adakah saya meletak gambar anda diblog sambil mencarut carut? tidak bukan? Saya hanya menaip nama anda yang indah belaka itu sahaja.Tetapi adakah mereka-mereka yang membaca itu mengetahui siapa si gerangan? Tidak bukan? :)
Kerana anda bukanla artis Hollywood atau Hindustan.

Mama & Pak Cik saya telah mengetahui hal sebenar.Saya juga telah dimarahi oleh mama kerana terlebih ajar dengan anda.Dan saya menerimanya dan menjadikan perkara ini sebagai satu pengajaran.Tetapi jikalau anda bertindak lebih,Mama saya tidak segan-segan untuk datang ke sekolah dan memalukan anda.Anda belum kenal dengan mama saya.Mama saya belum pernah kalah dalam berdebat.Malah,sesiapa yang sering berdengki dengan mama,orang tersebut akan dikerjakan teruk olehnya.Jika ada di antara pihak lain yang mencampuri urusan ini selain anda dan saya,Pak Cik saya juga tidak segan-segan untuk pelangkung orang itu.

Saya minta maaf dengan anda atas apa yang saya lakukan sebelum ini.Janganlah ambil terlalu serius dengan hal sebegini.Kita sebagai umat islam harus saling bermaafan.3 hari tidak bertegur akan berdosa besar.Janganlah berfikir saya ini seperti para ulama atau apa,atau bahasa kasar bajet alim,tetapi apa yang saya katakan adalah benar.Harap maklum.Sekali lagi saya mintak maaf.Saya berjanji tidak akan mengulanginya lagi.Salam. sila datang lagi

No comments:

Post a Comment